Polisi pembatalan dan bayaran balik
Berkuat kuasa 21 Oktober 2026
Polisi ini menerangkan bila bayaran kepada TEAMON Car Rental (dikendalikan oleh TEAMON TRADING) dipulangkan. Polisi ini sebahagian daripada terma sewaan kami.
Deposit tempahan (RM50)
- Batal sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa ambil kereta: deposit tempahan dipulangkan sepenuhnya.
- Batal kurang daripada 24 jam sebelum masa ambil kereta: deposit tempahan tidak dipulangkan.
Bayaran lain sebelum ambil kereta
Jika anda dah bayar lebih daripada deposit tempahan (contohnya sewa, CDW atau caj hantar) dan batal sebelum ambil kereta, amaun melebihi deposit tempahan dipulangkan sepenuhnya.
Jika kami membatalkan tempahan anda
Jika kami tidak dapat menyediakan tempahan anda, contohnya kereta tidak lagi tersedia atau lesen memandu anda tidak dapat diluluskan, semua bayaran anda dipulangkan sepenuhnya.
Cagaran
- Cagaran dipulangkan dalam tempoh 3 hingga 7 hari bekerja selepas kereta dipulangkan dalam keadaan baik, bersih dan tepat masa.
- Caj tambahan seperti pulang lewat, minyak, kebersihan, kerosakan atau saman ditolak, dan bakinya dipulangkan.
CDW
CDW (Dana Kecemasan) tidak dikembalikan selepas sewaan bermula.
Cara bayaran balik
Bayaran balik dibuat melalui pindahan bank ke akaun bank anda dalam tempoh 3 hingga 7 hari bekerja.
Hubungi kami
Untuk pembatalan dan bayaran balik, WhatsApp kami di +60 11-2652 9130 atau emel tradingteamon@gmail.com.