Kereta sewa di Sungai Petani.

Axia hingga Innova 7 tempat duduk. Tempah melalui WhatsApp, kami hantar dan ambil di lokasi anda.

Kereta sewa Perodua Myvi warna merah di Sungai Petani
  • Minimum sehariTambah jam selepas tu
  • Hantar & ambil10 pagi hingga 6 petang
  • Deposit tempahan RM50Kunci tarikh anda
  • Pindahan bankatau DuitNow QR

Kereta sewa kami

Harga ikut model dan tempoh sewa. WhatsApp kami untuk harga dan kekosongan terkini.

Kereta sewa Perodua Axia warna putih

Perodua Axia

5 tempat duduk, hatchback

Kereta sewa Perodua Bezza warna merah

Perodua Bezza

5 tempat duduk, sedan

Kereta sewa Perodua Myvi warna merah

Perodua Myvi

5 tempat duduk, hatchback

Kereta sewa Honda City warna putih

Honda City

5 tempat duduk, sedan

Kereta sewa Perodua Alza 7 tempat duduk warna putih

Perodua Alza

7 tempat duduk, MPV

Kereta sewa Honda BR-V 7 tempat duduk warna putih

Honda BR-V

7 tempat duduk, SUV

Kereta sewa Toyota Innova 7 tempat duduk warna perak

Toyota Innova

7 tempat duduk, MPV

Gambar kereta kami sendiri. Warna dan unit yang anda terima mungkin berbeza.

Kami hantar kereta ke lokasi anda

Hantar dan ambil dari 10 pagi hingga 6 petang: RM30 hingga RM50 (2 hala) sekitar Sungai Petani, kawasan lain ikut lokasi. Atau ambil di pejabat kami di Bandar Perdana, Sungai Petani, tanpa caj dari 9 pagi hingga 9 malam.

  • Sungai Petani
  • KTM Sungai Petani
  • UTC Sungai Petani
  • Bedong
  • Merbok
  • Sungai Lalang
  • Taman Nilam
  • Kota Kuala Muda

Kawasan lain? Tanya kami di WhatsApp.

Tempah dalam empat langkah

Semua melalui WhatsApp. Kereta diserahkan selepas bayaran penuh dan perjanjian sewa ditandatangani.

WhatsApp kami
  1. Beritahu kami tarikh dan kereta

    Tarikh dan masa ambil, bilangan hari, dan lokasi hantar.

  2. Bayar deposit tempahan RM50

    Deposit mengunci tempahan anda. Penyewa kali pertama hantar gambar lesen dan kad pengenalan atau pasport untuk semakan.

  3. Bayar baki sebelum ambil kereta

    Anda terima invois baki: sewa, perlindungan (cagaran atau CDW) dan caj hantar.

  4. Terima kunci

    Kami hantar ke lokasi anda (10 pagi hingga 6 petang) atau anda ambil di pejabat (9 pagi hingga 9 malam).

Syarat sewa

Lesen sah atas nama sendiri

Penyewa mesti berumur 18 tahun ke atas dengan lesen memandu Kelas D yang sah. Lesen orang lain tidak diterima, dan hanya penyewa berdaftar boleh memandu.

Sewa minimum 1 hari (24 jam)

Selepas sehari: 1 hingga 7 jam ikut kadar sejam, 8 hingga 12 jam kadar separuh hari, lebih 12 jam dikira sehari. Pemulangan lewat dikira sama.

500 km untuk sewa sehari

Sewa 2 hari ke atas tiada had. Melebihi had dikenakan caj sehari.

Hantar dan ambil di lokasi anda

10 pagi hingga 6 petang, ikut cas kawasan. Hantar selepas 6 petang tambah RM30; tiada servis hantar sebelum 10 pagi. Tertakluk kepada slot runner.

Cagaran

Tunai atau pindahan bank. Dipulangkan dalam 3 hingga 7 hari bekerja selepas kereta dipulangkan dalam keadaan baik, bersih dan tepat masa.

CDW (Dana Kecemasan)

Tidak dikembalikan. Melindungi calar dan kemek baru, tayar pancit (termasuk sebab paku), cermin pecah yang tidak disengajakan dan kemalangan kecil yang bukan akibat kecuaian teruk. Tidak melindungi kecuaian teruk atau pemanduan melulu, kes jenayah atau kastam, kerosakan dalaman dan saman.

Bayaran dan polisi

Kaedah bayaran

Pindahan bank atau DuitNow QR. Hantar resit kepada kami di WhatsApp dan kami sahkan bayaran anda.

Bayaran penuh (sewa, cagaran atau CDW, caj hantar dan caj lain) wajib diselesaikan sebelum menerima kunci.

Pembatalan

Batal sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa ambil kereta, deposit tempahan RM50 dipulangkan.

Pembatalan kurang daripada 24 jam sebelum masa ambil, deposit tempahan tidak dipulangkan.

Pemulangan cagaran

Cagaran dipulangkan dalam 3 hingga 7 hari bekerja jika kereta dipulangkan dalam keadaan baik, bersih dan tepat pada masanya.

Caj tambahan, contohnya pemulangan lewat, minyak, kebersihan, kerosakan atau saman, ditolak daripada cagaran dan bakinya dipulangkan.

Luar waktu pejabat dan musim perayaan

Ambil atau pulang kereta di pejabat di luar 9 pagi hingga 9 malam dikenakan RM30, tertakluk kepada staf yang ada.

Musim perayaan, cuti umum dan cuti sekolah: servis hantar dan ambil mungkin tidak disediakan, dan caj hantar boleh berubah.

Minyak, rokok dan kebersihan

Pulangkan kereta dengan tahap minyak yang sama. Kekurangan minyak dicaj RM10 setiap bar.

Dilarang merokok (penalti minimum RM50) dan dilarang alkohol (penalti minimum RM100) dalam kereta. Kereta kotor atau berbau dicaj minimum RM50.

Privasi

Nama, nombor telefon, lesen dan kad pengenalan atau pasport digunakan untuk tempahan, semakan penyewa dan perjanjian sewa sahaja. Maklumat ini tidak dikongsi dengan pihak lain kecuali dikehendaki undang-undang.

Soalan lazim

Berapa lama minimum sewa kereta?
Minimum 1 hari (24 jam). Selepas sehari, masa tambahan dikira ikut jam atau separuh hari.
Boleh hantar kereta ke rumah atau hotel?
Boleh. Kami hantar dan ambil di sekitar Sungai Petani, Bedong, Merbok, Sungai Lalang, Taman Nilam dan Kota Kuala Muda dari 10 pagi hingga 6 petang. Cas ikut kawasan.
Dokumen apa yang perlu untuk sewa kereta?
Lesen memandu yang sah atas nama sendiri. Penyewa kali pertama hantar gambar lesen dan kad pengenalan atau pasport untuk semakan.
Berapa deposit tempahan?
RM50 untuk mengunci tarikh anda. Batal sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ambil kereta, deposit dipulangkan.
Apa beza cagaran dan CDW?
Cagaran dipulangkan selepas kereta dipulangkan dalam keadaan baik. CDW tidak dikembalikan, tetapi melindungi calar, kemek, tayar pancit, cermin pecah yang tidak disengajakan dan kemalangan kecil yang bukan akibat kecuaian teruk.
Ada had perjalanan (km)?
Sewa 1 hari had 500 km. Sewa 2 hari ke atas tiada had.
Ada kereta sewa 7 tempat duduk?
Ada. Perodua Alza, Honda BR-V dan Toyota Innova, sesuai untuk keluarga dan balik kampung.

Ada soalan?

WhatsApp kami untuk harga, kekosongan dan tempahan.

WhatsApp kami

Waktu operasi
Pejabat 9 pagi hingga 9 malam. Hantar kereta 10 pagi hingga 6 petang.
Syarikat
TEAMON TRADING (SSM 202103180290 / PG0514072-U)